Skip to main content

ALIYAH AND FAMILY WENT TO PENANG - DAY THREE

Keesokan paginya, Aliyah breakfast dekat luar.

Tapi sementara Aliyah nak pergi breakfast, Aliyah makan roti dan butter dulu.

Sebab Aliyah dah lapar.

Aliyah naik Grab pergi breakfast.

Sebab Ayah malas nak drive.




Aliyah breakfast dekat Yin's Sourdough Bakery.

Aliyah makan sourdough bagel, cream cheese with beet root.

Aliyah makan roasted chicken cheese, cabbage sandwich.




Lepas tu Aliyah minum hot chocolate.

Lepas breakfast, Aliyah jalan, ternampak pergi muzium upside down.

Aliyah pun pergi lah.








Muzium ni best sebab bila kita tangkap gambar terbalik, nampak macam betul- betul kita terbalik hehehehe....

Lepas tu Aliyah naik Grab, pergi Bukit Bendera.

Masa dah sampai Bukit Bendera, Ayah pergi beli tiket untuk naik.

Lepas tu Aliyah dan family tangkap gambar sementara nak beratur.

Lepas tu Ayah pun nampak ada magazine, pamphlet, Ayah ambil dan Ayah bagi Aliyah dan Adam.

Masa beratur, tren dah sampai. Tapi tak boleh masuk lagi.

Orang semua dah keluar. Tapi tetap tak boleh masuk lagi.

Akhirnya dah masuk dah dalam tren.

Aliyah duduk dekat seat belakang sekali.

Lepas tu tengok lah pemandangan.


Bila dah sampai atas Bukit Bendera, Aliyah nampak binocular.

Dia kata seringgit untuk 2 minit.

Aliyah pun tengok lah.

Adam kata boleh nampak homestay yang kitaorang duduk.

Aliyah kata,

"Tak nampak pun!"


Lepas tu, jalan- jalan dekat atas.

Ada orang jual gambar yang sementara nak beratur dekat bawah tu.

Lepas tu Ayah kata berapa ringgit ni?

Dia kata 60 ringgit.

Lepas tu Ayah kata, takpe lah.

Jalan- jalan dekat atas lagi.

Ada tempat tangkap gambar parrot dan ular.

Aliyah tangkap gambar dengan parrot. Adam pun sama.

Inilah gambarnya.


Lepas tu pergi solat.

Aliyah nampak meriam. Aliyah tangkap lah gambar dekat situ.


Dekat masjid tu, masjid tu bersebelahan dengan kuil.

Lepas tu Mama kata, 


"Kita boleh buat solat kita. Diaorang boleh buat sembahyang diaorang. So kita buat kita punya, diaorang buat diaorang punya."


Aliyah pun kata, 


"Betul tu Mama..."


Lepas solat, Ayah pulak pergi solat.

Adam nak terber*k.

Lepas tu Mama teman Adam naik atas, cari Ayah. Sekejap je. Jangan risau.

Aliyah jaga Adeena.

Lepas Adam masuk masjid, Mama turun.

Masa Mama turun, ada anjing lalu depan slide tu.

Aliyah pun saja suruh Adeena turun dari slide tu.

Bila Adeena ternampak anjing, Adeena jerit.

Aliyah pun gelak.

Anjing pun lari.

Sebab takut dengan Adeena.

Adeena lagi dasyhat dari anjing hahaha...LOL!

Lepas tu kita turun, ambil Grab.

Sebenarnya Aliyah nak naik bas dua tingkat. Ayah ajak.

Lepas tu Adam kata, TANAK! TAKUT!

Nanti jatuh!

Terpaksalah naik Grab ke feri.

Bila dah sampai feri, feri tu dah nak gerak dah.

Kitaorang pun lari pergi feri.

Nasib baik sempat. Kalau tak dah kena tinggal dah.

Aliyah duduk dekat hujung. Tengok laut.

Banyak kereta.

Bila dah sampai Butterworth, ada macam mall untuk siapa yang baru sampai Butterworth. Untuk nak singgah beli makan ke.

Kitaorang pun duduk rehat dekat situ.

Kitaorang makan Aunty Anne's.

Ayah dan Mama minum coffee.

Lepas tu kitaorang naik feri balik pergi island.

Naik Grab, balik homestay.

Penat kan?

Waktu dinner, kitaorang dinner dekat maggi tersedap di Penang.

Lepas tu bila dah habis makan, ada waiter Mamak tu cakap lembut saja.

"Semua dah ada?"

Aliyah pun gelak dalam hati hahaha...LOL!



Sebab jarang nampak mamak macam tu. Macam lembut. Macam waiter kat hotel.

Lepas tu kitaorang balik homestay. Tidur.

Aliyah dah tak boleh makan maggi dah. Setahun sekali je.

Tahun depan pulak eh.

Stay tuned for the next part!

Comments

  1. Bestnya holiday Aliyah ni.

    XOXO
    Tida

    ReplyDelete
  2. Waaaa Ibunan boley feel la journey ni, well done aliyah! ❤️��♥️��������

    ReplyDelete
  3. Best giler acik baca..rasa mcm acik yg pegi sendiri haaa gtuu..������

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ALIYAH BALIK KAMPUNG

Hari ahad Aliyah balik kampung. Ada kakak Anis dan Abangngah. dekat kampung ada air conde. dekat kampung.   ada satu air conde dekat bilik opah Aliyah sahaja. see more...

MY HOBBY

CADBURY 3 IN 1

dulu Aliyah tak suka cadbury. Aliyah pergi rumah atok. Aliyah cakap. Aliyah nak teh o'. wan cakap takde la Aliyah. minum  cadbury boleh tak Aliyah? Aliyah cakap boleh. wan buat ya. ok. lepas itu Aliyah pun minum. rasanya sedap macam coklat. Atok pun kasi Aliyah cadbury 3 in 1 satu paket. Aliyah pun dah suka  sekarang mama campur dengan susu. tapi mama letak cadbury siket je sebab 3 in 1 tu manis sangat Aliyah tak suka manis sangat.               see more...