Wednesday, December 21, 2016

ALIYAH TAK ADA IDEA

Aliyah tak ada idea nak tulis tapi Aliyah tulis jugak macam mana? hmmm...?@#$%^&*()_+!~[]\;',,.
























Thursday, December 15, 2016

ALIYAH MEMBUAT KUIH KERIA

BAHAN- BAHAN UNTUK MEMBUAT KUIH KERIA:

1: Ubi keledek

2: tepung

3: air

4: sedikit garam

5: gula 


Mula- mula penyetkan ubi keledek itu. Lepas itu letak tepung. Lepas tu letak air. Lepas tu gaul. Lepas tu letak garam sikit. 

Bentukkan bulat, penyetkan sikit je. Lepas tu buat lubang kat tengah- tengah menggunakan jari. 

Lepas tu ambil kuali. Letak minyak. Lepas tu letak kuih keria dalam kuali. Aliyah nak letak, Aliyah terletak sampai minyak tu naik atas. Terkena jari. Sakit. Mama suruh letak jari dalam bekas ada air. 

Dah siap goreng, Mama gaul dengan gula. 

Kuih keria ini kuih kegemaran Aliyah. 

Masa lumatkan keledek
Masa penyekkan kuih

Masa goreng kuih
Masa kena minyak tulah...
Masa Mama letak gula...
Dah siap!!!


Saturday, December 10, 2016

ALIYAH PERGI BALIK KAMPUNG

Aliyah bangun pagi, Aliyah makan, Aliyah mandi. Lepas tu kita semua keluar naik kereta balik kampung. Singgah rumah Atok dulu dekat KL. Lepas tu baru balik kampung.

TAJUK 1 : SWIMMING POOL
Masa Aliyah dah sampai tu Opah kasi Aliyah mandi swimming pool. Keesokan hari pulak Abang Ngah datang dengan Kakak Anis. Lepas mandi swimming pool ramai- ramai. Keesokan harinya pula kitaorang mandi lagi. Keesokan harinya pula kitaorang tak mandi. 


TAJUK 2 : BASIKAL 
Lepas mandi swimming pool tu, kan setiap petang Mama selalu bawa Aliyah naik basikal Opah. Lepas tu hari yang pertama naik basikal tu, naik basikal 2 roda. Aliyah lalu dekat rumah Nyang. Takde orang dekat situ. Lepas tu Aliyah pun balik. Masa hari terakhir naik basikal tu Aliyah dah tak lama naik basikal.



TAJUK 3 : KUMBANG KURA- KURA
Masa hari pertama yang Kakak Anis datang tu masa dah petang, kumbang banyak ada. Lepas tu Kakak Anis cakap nak cari kumbang apa. Aliyah cakap Kumbang Kura- Kura. Lepas tu Kakak Anis cari celah- celah daun tu. Aliyah pun tolong. Lepas tu dah nak Maghrib Aliyah pun masuk. Hari terakhir yang cari kumbang tu, kumbang tu pun tiba- tiba mati. Aliyah letak dalam bekas tak ada udara lepas tu mati. Aliyah ingatkan ada udara. 



Aliyah happy balik kampung. Sekian terima kasih. 

Total Pageviews