Thursday, December 15, 2016

ALIYAH MEMBUAT KUIH KERIA

BAHAN- BAHAN UNTUK MEMBUAT KUIH KERIA:

1: Ubi keledek

2: tepung

3: air

4: sedikit garam

5: gula 


Mula- mula penyetkan ubi keledek itu. Lepas itu letak tepung. Lepas tu letak air. Lepas tu gaul. Lepas tu letak garam sikit. 

Bentukkan bulat, penyetkan sikit je. Lepas tu buat lubang kat tengah- tengah menggunakan jari. 

Lepas tu ambil kuali. Letak minyak. Lepas tu letak kuih keria dalam kuali. Aliyah nak letak, Aliyah terletak sampai minyak tu naik atas. Terkena jari. Sakit. Mama suruh letak jari dalam bekas ada air. 

Dah siap goreng, Mama gaul dengan gula. 

Kuih keria ini kuih kegemaran Aliyah. 

Masa lumatkan keledek
Masa penyekkan kuih

Masa goreng kuih
Masa kena minyak tulah...
Masa Mama letak gula...
Dah siap!!!


6 comments:

Total Pageviews