Skip to main content

ALIYAH PERGI PULAU LANGKAWI

Day 1:  Aliyah pergi KLIA 

mula - mula Aliyah bangun pagi lepas itu Aliyah pergi KLIA. lepas itu Aliyah dah sampai Langkawi. Aliyah pergi pekan kuah. lepas itu Aliyah pergi hotel. malam itu Aliyah pergi beach party. Balik hotel Aliyah tidur.





Day 2: Aliyah pergi Cable Car, Sky bridge, eagle feeding, bat cave, naik bot, fish farm.

Aliyah naik cable car dengan Mia dan Ira, Adam,Uncle Alan, Ayah. cable car tu kalau tengok daripada bawah sangat - sangat tinggi. dalam cable car tu rasa bergoyang- goyang dan panas. tak ada aircond.



Aliyah pergi sky bridge. ada cermin atas itu. Aliyah tangkap gambar.



Aliyah pergi makan. Tiba- tiba Opah datang. Lepas itu Opah makan sama- sama. Lepas itu naik bas dan pergi ke eagle feeding.

Mula- mula kita buat eagle feeding. Lepas itu eagle watching. Lepas itu bot tu bawak kita semua pergi Laut Andaman.



Dan pergi bat cave. Bau sangat busuk. Dan gelap. Masa nak masuk kena senyap. Orang itu cakap. Kalau tak, dia keluar najis dan kena atas kepala kita.

Lepas itu kita semua masuk bat cave. Lepas itu ada orang punya telefon berbunyi. Dia tutup lah. Tapi orang tu cakap senyap. Kita baru nak masuk. Orang tu kat belakang belum masuk. Tak kena lah.

Masa kita masuk batu yang kena air itu cantik. Batu kena tsunami jadi bengkok. Jadi cantik macam waterfall. Interesting kan?




Lepas tu kitaorang semua nampak bat. Kelawar. Kalau orang tak faham bat, baca kelawar. Kalau orang tak faham kelawar, baca bat.

Lepas tu orang tu cakap. Kalau bat ni malam- malam dia keluar. Lepas itu dia pindah rumah dengan burung. Lepas itu pagi mereka tukar balik rumah sendiri. Bila dah keluar orang tu cakap ada pokok beracun. Kalau kita buat apa- apa dekat pokok itu mata kita boleh jadi buta. Aliyah tak pegang pokok itu.

Orang tu cakap kalau adik- adik dah besar sesat kat hutan, cari buah yang adik tak tahu. Lepas tu potong buah tu dulu lepas itu picit ambil letak dekat lengan. Kalau rasa panas atau gatal tak boleh makan.

Lepas pergi eagle feeding kita semua pergi pulang ke jeti. Lepas itu kita dah balik. Dan nak Maghrib kitaorang nak pergi swimming. Lepas itu dah malam. Kitaorang pergi swimming dekat vila tempat kawan Aliyah.

Ada kolam dalam, tak ada kolam rendah. Aliyah main dengan kawan Aliyah nama Puteri. Lepas tu Aunty Herny tolong kitaorang berenang. Lepas pun boleh berenang. Adam kena tunggu duduk dekat tangga. Sebab dia tak pandai berenang kolam dalam. Dia kena pegang pelampung dekat kolam tu.



Lepas tu kitaorang masuk vila Puteri dulu. Lepas tu mandi dalam tub. Tak bukak baju swimming suit. Pakai je sambil mandi. Lepas tu kitaorang mandi dekat shower, bersihkan badan betul- betul. Baru bukak baju dalam tu. Tapi sorang- sorang lah. Lepas itu kitaorang dah pakai baju, kitaorang makan. Main. Lepas tu kitaorang balik naik tuk- tuk hahaha! Atau namanya buggy.

Day 3: Dah nak balik KL

Aliyah bangun pagi lepas itu Aliyah mandi dalam tab. Lepas itu Aliyah dah pakai baju semua. Mama ajak Aliyah pergi pantai. Aliyah kumpul seashells kat sana. Adam main ombak. Lepas itu Aliyah nak basuh tangan. Aliyah basuh kat ombak tu. Lepas tu Aliyah nak basuh lama- lama. Aliyah nak kutip shells. Lepas itu Adam pergi dekat laut. Laut semakin tinggi air dia. Lama- lama Adam dekat air. Habis basah seluar dengan kasut dia. Dia pun menangis. Opah kata, naik cepat, naik cepat, nanti semua orang basah kena ombak.




Lepas itu kita pergi makan. Aliyah makan coco crunch dengan nasi lemak. Aliyah minum air kosong aje. Lepas itu Aliyah naik bas F. Aliyah pergi airport Langkawi. Aliyah nampak pembalutan beg. Opah cakap, Adam pergi situ balut seluar basah dengan kasut sekali. Lepas itu Adam cakap, Opah lah pergi, Opah yang suruh Adam kan. Lepas tu Aliyah suruh dua- dua orang pergi. Tapi diaorang tak pergi.



Lepas itu kitaorang dah sampai tempat kapalterbang itu. Puteri ada dekat situ. Aliyah tak sedar ada Puteri. Ayah cakap, Puteri dia nak jumpa Aliyah. Aliyah pun pergi lah. Aliyah main dengan dia. Bila dia dah nak pergi, Aliyah pun pergi lah balik duduk.

Bila kitaorang dah sampai airport KLIA tu, Adam muntah. Sambung jalan, muntah. Sambung jalan, muntah. Sambung jalan, muntah. Lepas tu Aliyah pun pening. Sebab asyik sambung jalan, muntah, sambung jalan, muntah.

Lepas itu Aliyah pergi airport Subang. Sebab nak ambil Mama. Mama tak sama flight. Mama flight Malindo. Kalau airport Malindo hantar ke airport Subang. Bila dah jumpa Mama baru balik.

Dah habis. Aliyah happy pergi Langkawi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ALIYAH BALIK KAMPUNG

Hari ahad Aliyah balik kampung. Ada kakak Anis dan Abangngah. dekat kampung ada air conde. dekat kampung.   ada satu air conde dekat bilik opah Aliyah sahaja. see more...

MY HOBBY

CADBURY 3 IN 1

dulu Aliyah tak suka cadbury. Aliyah pergi rumah atok. Aliyah cakap. Aliyah nak teh o'. wan cakap takde la Aliyah. minum  cadbury boleh tak Aliyah? Aliyah cakap boleh. wan buat ya. ok. lepas itu Aliyah pun minum. rasanya sedap macam coklat. Atok pun kasi Aliyah cadbury 3 in 1 satu paket. Aliyah pun dah suka  sekarang mama campur dengan susu. tapi mama letak cadbury siket je sebab 3 in 1 tu manis sangat Aliyah tak suka manis sangat.               see more...